Selasa, 21 Mei 2019

CARA URUT MATA YANG MERAH


1. Mulakan dengan BISMILLAH...
2. Niat di hati supaya Allah sembuhkan segala penyakit kita semua
3. Selawat Syifa' (Rujuk gambarajah di bawah)
   Image may contain: text
4. Urut bahagian bulatan berwarna merah selama 1 minit setiap bahagian  (rujuk gambarajah di bawah)

No photo description available.
===
Nak belajar urut secara details? Klik i-confident.com ye 

Isnin, 20 Mei 2019

CARA URUT HIDUNG TERSUMBAT


Mulakan dengan BISMILLAH...
.
Point A
- Sekitar tempat tumbuh rambut
- Mulakan dengan urut secara perlahan-lahan kemudian tambah tekanan pada urutan tersebut secara perlahan-lahan
.
Point B
- Sekitar sebelah kelopak hidung kiri dan kanan
- Mulakan dengan urut secara perlahan-lahan kemudian tambah tekanan pada urutan tersebut secara perlahan-lahan
.
Nota:
**Urut sekurang-kurangnya 1 minit pada setiap bahagian
===
Nak belajar mengurut? Klik i-confident.com ye..

Ahad, 19 Mei 2019

TEKNIK MENGURUT

Image may contain: one or more people


Mulakan dengan BISMILLAH...

1. Menggunakan perut ibu jari kanan, buku jari yang dilipatkan (apabila perlu) dan hujung siku (apabila perlu) atau sebagainya. Jangan sesekali menggunakan objek-objek lain yang tajam yang boleh membahayakan @ menyakitkan pesakit

.
2. Urut secara songsang iaitu dari bawah ke atas @ dari hujung ke pangkal

.
3. Jika urutan perlu dipusing, lakukan secara arah lawan jam (mengikut tawaf)

.
4. Mulakan tekanan secara perlahan-lahan supaya badan pesakit tidak 'terkejut'. Tekanan urutan boleh dikuatkan secara perlahan-lahan..boleh tanya pesakit..samaada pesakit selesa @ tak dengan tekanan yang baru.

.
5. Selepas diurut, minum air yang telah didoakan oleh terapis. Seeloknya air zamzam (sertakan niat supaya Allah sembuhkan segala penyakit)

.
Semoga bermanfaat

===

Nak belajar mengurut? Klik i-confident.com utk details ye

Jumaat, 17 Mei 2019

5 SEBAB ANDA PATUT TINGGALKAN AIS MULAI HARI INI!!


1. SISTEM REPRODUKTIF WANITA
🖋 Pengambilan ais semasa haid juga menjadikan rahim menjadi kembang dan tidak elok untuk kesihatan rahim.
🖋 Minum ais semasa haid boleh menyebabkan darah haid tersumbat dan perjalanan darah tidak lancar. Keadaan ini akan menjadikan darah haid akan melekat di dinding rahim. Darah haid yang tersisa melekat di dinding rahim akan menyebabkan ketumbuhan dan juga kanser rahim.
.
2. SISTEM PENCERNAAN
🖋 Lemak akan berkumpul di bahagian perut dan menjadikan perut anda buncit!! Hal ini demikian kerana, lemak tidak dapat dicerna dengan baik kerana lemak membeku disebabkan ais.
🖋 Kembung perut boleh terjadi apabila anda minum banyak minuman berais dan boleh menyebabkan perut berasid serta sekaligus menyebabkan anda mengalami gastrik.
🖋 Menyebabkan pengeluaran lendir berlebihan dalam badan seperti kahak atau lendir daripada bahagian tekak.
.
3. SISTEM IMUN
🖋 Salah satu keburukan ais terhadap tubuh badan ialan akan menyebabkan sistem imun menjadi lemah.
🖋 Jika anda mengalami batuk-batuk atau selsema dan anda minum ais, akan menyebabkan batuk atau selsema anda semakin berpanjangan.
🖋 Ais juga boleh menyebabkan pengeluaran lendir dari faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan. Jika diamalkan berterusan mungkin menjadikan keputihan semakin teruk.
.
4. SISTEM REPRODUKTIF LELAKI
🖋 Keburukan ais terhadap sistem reproduktif lelaki boleh menyebabkan uluran atau hernia. Dalam bahasa lainnya juga dipanggil angin pasang.Selain itu, amalan minum minuman berais dalam kalangan lelaki boleh melemahkan tenaga batin lelaki dan juga menyebabkan penghasilan mani yang tidak berkualiti.
.
5. TUBUH LEMAU / TAK BERMAYA
🖋 Keburukan ais yang seterusnya ialah tubuh badan menjadi lemau dan sentiasa tidak bermaya. Perjalanan darah menjadi tidak lancar dan sentiasa sakit-sakit badan.Jika anda perasan, selepas bangun dari tidur anda berasa lemah dan letih semacam. Ini adalah satu kesan akibat mengamalkan minuman berais.
===
TINGGALKAN TABIAT MINUM @ MAKAN AIS SEKARANG!!
🖋 Pengambilan makan atau minuman berais akan menyebabkan kesan negatif terhadap tubuh badan kita.
🖋 Jadi, untuk pencegahan, anda perlulah meninggalkan tabiat atau kegemaran ini untuk kesihatan yang lebih baik.
🖋 Banyakkan minum air suam..sebanyak 3 Liter @ 10 cawan setiap hari..Jika tubuh badan sihat, segala pekerjaan pastinya berjalan dengan lancar.
.
MATI itu pasti.. kita IKHTIAR untuk SIHAT..agar banyak amal soleh yang berkualiti kita boleh bekalkan dengan sempurna untuk dibawa ke akhirat ðŸ˜˜ðŸ˜˜ðŸ˜˜
****
Anda nak belajar Ilmu Urutan Tradisional?
Klik link ni ye.. i-confident.com

Sabtu, 11 Mei 2019

BAHAYA TOKSIN DALAM BADAN

90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin kerana toksin yang berada didalam saluran darah akan dibawa keseluruh bahagian organ-organ lalu merosakkannya...

SEBENARNYA APE ITU TOKSIN?

Toksin terdapat hampir di dalam semua organ manusia. Di mana bahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras, pemakanan yang tak seimbang serta dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Maka, sisa-sisa ini akan terkumpul dimana-mana bahagian dalam organ tubuh kita terutamanya usus.

KESAN TOKSIN 

Tubuh badan yang terlalu berasid akan meningkatkan kandungan toksin. Maka, akan terjadinya masalah kesihatan atau penyakit yang diakibatkan oleh tindak balas toksin dalam darah.
Jika seseorang tak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar najis yang berada didalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus. Seterusnya menjadi toksin dalam tubuh. Sekiranya tidak dikeluarkan, tubuh akan memberi amaran @ kesan-kesan tertentu. 

TANDA-TANDA BANYAK TOKSIN

1) Cepat letih / lesu
2) Susah bangun tidur
3) Bahagian keliling mata gelap
4) Banyaknya angin
5) Alahan 
6) Berat badan naik

KULIT

Terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin didalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel & lain-lain

TUMOR

Berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dilapisan tisu badan.

DEMAM

Merupakan proses semula jadi badan untuk membersihkan diri. Apabila sel darah putih menentang toksin didalam darah, kadar metabolisme semakin cepat & mengakibatkan tubuh akan mengalami demam.

PENYAKIT JANTUNG & TEKANAN DARAH TINGGI

Toksin yang melekat didalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah sementara tekanan keatas saluran yang tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Disamping itu, buah pinggang & sistem endokrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi.

LAIN-LAIN

Berlaku masalah kesihatan seperti alergi, asma, pundi hempedu & karang, sakit sendi & sengal-sengal tulang, sembelit, perut kembung, barah payu dara & kemerosotan daya seksual

***

CARA MENGATASI

Salah satunya adalah dengan Urutan Tradisional.. Kenapa urutan tradisional? Dalam masyarakat melayu..orang selalu menyebut.. urut untuk buang angin. Angin itulah TOKSIN .. bahasa lainnya adalah Urutan Tradisional adalah untuk buang toksin... 

Antara kelebihan-kelebihan urutan yang lain adalah:
- melancarkan darah
- bantu gas oksigen disalurkan kepada tubuh
- membaiki pernafasan
- mengurangkan kesakitan badan
- meredakan tekanan / lesu - badan jadi lebih segar in sha Allah


Bagi wanita antara manfaat urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dan melancarkan perjalanan darah, menghilangkan rasa kebas dan lesu serta membantu wanita untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing.

Wanita yang melahirkan anak secara normal boleh mula mengurut selepas dua minggu bersalin, manakala yang menjalani pembedahan dinasihatkan berurut sebulan selepas bersalin.

Urut dikatakan membantu melambatkan menopaus jika wanita itu mengamalkan urutan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua atau tiga bulan.

Mengurut juga dikatakan, baik untuk wanita yang mengalami rasa sakit senggugut disebabkan perjalanan darah haid tidak teratur atau datang bulan sekali dalam tempoh tiga atau empat bulan


013 793 8228