Isnin, 12 Mac 2018

Urut lancarkan aliran darah

Urut lancarkan aliran darah






HASLINDAH (kanan) membuat demonstrasi urutan. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
TEKNIK urutan adalah kaedah alternatif untuk melancarkan aliran darah di dalam salur darah bagi melegakan kesakitan.
Urutan ini adalah suatu seni yang digunakan sejak dahulu lagi oleh pelbagai bangsa terutama masyarakat Melayu dalam rawatan tradisional.
Mereka yang pakar dengan urutan lazimnya akan tahu bahagian yang mana wajar diurut dan urat yang berkaitan kawasan yang sakit.
Tukang urut tradisional, Haslindah Ismail, 41, berkata terdapat penyakit yang boleh diatasi dengan kaedah urut mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah.
Sebenarnya, beliau berkata, teknik urutan yang boleh dilakukan sendiri apabila terasa sakit seperti sakit kepala dan lenguh badan.
"Jangan terlalu bergantung dengan ubat tahan sakit yang sebenarnya hanya bersifat sementara dan lebih membimbangkan boleh memberikan kesan sampingan dalam jangka masa panjang," katanya.
Cari urat yang betul
Haslindah ditemui bersama-sama pelajar pada Kursus Teknik Urutan Tradisional anjuran Kolej Komuniti Selayang.
Beliau berkata, apa yang penting sebelum mengurut, perlu mencari urat yang betul kerana tidak semestinya urutan dilakukan di bahagian yang sakit.
Sekiranya tersalah urat, urutan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami demam, lebam atau bengkak pada bahagian terbabit.
Sekiranya seseorang mengalami sakit kepala atau perut, tidak semestinya bahagian berkenaan perlu diurut.
Ini kerana sakit berkenaan mungkin berpunca di bahagian lain seperti sakit perut berpunca di bahagian belakang badan.
Justeru, bahagian belakang perlu diurut bagi mengatasi masalah sakit di bahagian perut atau sakit di sebelah kanan tangan, tetapi yang perlu diurut adalah di bahagian tangan kiri.
Urut ibu jari legakan migrain
"Sekiranya sakit pada bahagian kepala atau migrain, cubalah urut di bahagian ibu jari menggunakan jari atau alat tumpul seperti dahan pokok ciku yang sering digunakan orang tua dahulu.
"Urat di bahagian ibu jari kaki berhubung dengan urat di sekitar bahagian kepala yang mana urutan pada urat berkenaan dapat melegakan kesakitan apabila aliran darah menjadi lebih lancar," katanya.
Sakit kepala juga boleh dilegakan dengan mengurut atau memicit bahagian bawah ibu jari tangan selama beberapa minit.
Mereka yang sering mengalami serangan asma atau lelah pula boleh mencuba mengurut urat yang terletak pada bahagian kaki iaitu di tengah antara jari telunjuk dan ibu jari kaki.
Urat berkenaan berkaitan dengan salur pernafasan yang apabila ditekan memberikan kesan melegakan pernafasan.

URUTAN dan teknik memicit melegakan sakit.
Elak kulit melecet
Urut perlahan-lahan di kawasan berkenaan menggunakan jari dan minyak urutan bagi mengelakkan kulit melecet.
Selain kepala, urat berkaitan belakang bahagian badan dan punggung banyak di bahagian telapak kaki.
Sekiranya sakit atau lenguh badan, kita memang sukar mengurut sendiri bahagian belakang atau punggung.
"Caranya adalah dengan mengurut bawah telapak kaki di bahagian melengkung yang dapat melegakan sakit pinggang.
"Urut dengan cara menekan dan tarik ke atas pada bahagian berkenaan atau di bahagian luar telapak kaki," katanya.

URUT bawah telapak kaki bawah telapak kaki di bahagian melengkung yang dapat melegakan sakit pinggang.
Tekan bahagian tumit
Katanya mengurut atau menekan bahagian tumit juga boleh membantu melegakan sakit kembung perut dalam kalangan bayi atau kanak-kanak.
Selain itu, urutan pada tumit juga boleh menghilangkan lenguh pada punggung akibat duduk terlalu lama atau duduk di atas permukaan keras.
Urutan pada bahagian telapak kaki (bahagian yang melengkung) juga dikatakan baik untuk mereka yang mengalami penyakit kencing manis.
Haslindah berkata, badan lenguh dan sakit turut berpunca daripada angin yang terdapat di dalam badan.
"Amalan makan benda sejuk dan masam boleh menyebabkan tubuh mengeluarkan angin yang berlebihan.
"Oleh itu, jaga cara pemakanan dengan mengurangkan makanan terutama yang berasid untuk kekal sihat," katanya.
Salah urut boleh demam
Katanya walaupun kaedah urutan ini banyak memberikan manfaat untuk mengembalikan kesegaran tubuh, pesakit perlu mendapatkan mereka yang pakar mengurut.
Urutan yang tidak betul boleh mengakibatkan pesakit demam atau mengalami lebam dan bengkak pada tubuh.
Waktu urutan terbaik adalah pada sebelah pagi dan sekurang-kurangnya sejam selepas sarapan atau petang sebelum matahari terbenam.
Ini kerana urat masih lembut di sebelah pagi dan petang kerana berada pada kedudukan `rehat' berbanding di sebelah tengah hari di mana urat sedang tegang.
Bahan pelincir atau pelembap kulit diperlukan untuk mengurut tetapi yang terbaik adalah dengan menggunakan minyak kelapa bagi memastikan urutan lancar.

HASLINDAH bersama-sama pelajar pada Kursus Teknik Urutan Tradisional anjuran Kolej Komuniti Selayang. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
Minyak kelapa penawar luka
Minyak kelapa berkhasiat menyembuhkan luka yang terdapat pada kulit yang berupaya menutup luka daripada kotoran yang boleh memburukkan jangkitan.
"Sebelum mengurut sama ada diri sendiri atau orang lain, bacalah ayat suci iaitu Bismilah diikuti dengan selawat dan berdoa supaya penyakit yang dihadapi sembuh.
"Langkah itu juga dikatakan sebagai pendinding kepada diri supaya angin yang terdapat pada pesakit tidak `hinggap' kepada si tukang urut," katanya.
INFO
Campuran minyak digunakan untuk urutan
  • Minyak kelapa
  • Bawang putih ditumbuk
  • Lada hitam ditumbuk
Pendinding diri sebelum melakukan urutan
  • Bismillah (tiga kali)Selawat nabi (tiga kali)
  • Surah Yaasin (ayat 82)
  • Buat huruf Alif Lam pada tapak tangan kanan menggunakan jari kelingking
Waktu terbaik untuk urutan
  • Pagi
  • Petang
Waktu larangan mengurut
  • Tengah hari (12 hingga 1 petang)
Sumber: https://www.bharian.com.my/node/112431

Jumaat, 9 Mac 2018

Kursus Asas Mengurut Shah Alam - 17/18/24/25 Mac 2018

JANA PENDAPATAN DENGAN MENGURUT
Tahukah anda? Bisnes MENGURUT WANITA boleh menjana PENDAPATAN sehingga RM 500 seminggu secara PART-TIME!
.
Tak percaya? Cuba la.. Itu kerja Sabtu dan Ahad je tau. Kalo setiap hari? Mungkin RM 500 - RM 2000 seminggu! Memang lumayan!!
.
Kenapa anda perlu tahu mengurut? Mungkin beberapa faedah saya boleh kongsikan untuk anda.
1. Boleh rawat untuk diri sendiri
2. Bantu keluarga sekiranya perlukan khidmat urutan contohnya anak terseliuh, mak sakit lutut, dan sebagainya.
3. Buat DUIT la..kan? Untung? Anda kira sendiri. Tak tahu PM la saya.
4. Bisness boleh katakan ZERO modal!!...
5. Di mana sahaja anda berada. Di KAMPUNG pun ada orang nak mengurut...di BANDAR pun ada orang nak mengurut...Malah di LUAR NEGARA pun ada orang nak mengurut. Kut-kutla rezeki keluarga kita kat luar negara sana...kan?


Apa yang akan anda pelajari:- Modul 1:- *Urut tradisional satu badan Modul 2:- *Urut wanita hamil *Urut selepas bersalin normal *Urut selepas ceaser *Rawatan selepas bersalin *Rawatan bentan Modul 3:- *Rawatan mati putik *Rawatan rahim kembang *Rawatan rahim jatuh *Rawatan sengkak rahim *Rawatan urut batin wanita dan lelaki Modul 4:- Teori bertangas dan mandi herba penyediaan *Bahan tangas *bahan mandi herba secara tradisional dan alami ** deposit RM 200 (no refund) **3 Sijil


***************************************************************************************

APA TUNGGU LAGI? DAH RAMAI YANG BERJAYA DALAM INDUSTRI MENGURUT! **** PILIH SALAH SATU TARIKH UNTUK KELAS ANDA SEKARANG!

**********************************************************************************

TARIKH 17 MAC 2018 (SABTU) TARIKH 18 MAC 2018 (AHAD) TARIKH 24 MAC 2018 (SABTU) TARIKH 25 MAC 2018 (AHAD) WAKTU 9PG - 1PTG (Anggaran sahaja - bergantung kepada jumlah pelajar)


Lokasi: Seksyen 36, Shah Alam



013 793 8228