Rabu, 12 Disember 2018

Masalah Haid Tak Lancar? Ade Cyst? Belum dapat Zuriat? Baca ini..dan cuba buat in sha Allah..


Bila Saya merawat Pesakit yang datang iktiar hamil ..Ya Allah kesian nya mereka.Memang benar rezeki anak itu dari Allah.Tapi Kita sebagai hambanya Jangan putus asa untuk terus iktiar..

Macam2 Pesakit Saya berjumpa.Ada Pesakit yang Ada Duit ,buat Cara ivf,tapi jika Allah kata belum rezeki ,buat la Cara moden macam Mana pun,bayar la Mahal Mana sekalipun jika belum rezeki memang tak berjaya Juga..

Pesan Saya pada yang baru dirikan rumah tangga.Jangan la merancang untuk dapat Zuriat.Ambil pil cegah kehamilan.Bila di Tanya kenapa?jawab nya belum sedia lagi,ekonomi Tak cukup lagi untuk tampung Ada anak kecil.Tahukah anda itu adalah Satu doa?bila anda dah betul2 inginkan Zuriat ,tika itu anda tidak dapat Zuriat.Allah Maha mendengar.Jangan la merancang,setiap anak Ada rezeki nya bila ia keluar nanti percayalah..

Pesakit Saya yang datang jumpa saya,rata2 yang lambat hamil selain masalah gangguan Makhluk halus,mengalami masalah stress tempat kerja,stress Dengan pasangan Dan seseorang yang amat sensitif .Ye la Kan siapa pun Akan sensitif bila jumpa kawan lama,kawan mesti bertanya anak Berapa sekarang??Kawan2 tidak Akan Tanya Berapa rumah ko sekarang?pasti soalan anak yang utama bila berjumpa Dengan sahabat lama.

Belum lagi jumpa Dengan Makcik Dan Saudara rapat Dengan Kita.Dalam masalah lambat Zuriat ini kebanyakkan c isteri la yang jadi mangsa tempat di tuju soalan..Nasihat Saya bila orang Tanya soalan begini jawab Dengan jujur Dan lembut "doakan Saya ya ,Saya Masih belum Ada rezeki untuk dapat anak..

Saya yakin jika anda jawab begitu mereka pasti faham keadaan anda.
Pedulikan kata2 makcik2 bawang di luar sana.Apa yg penting hubungan kamu Suami isteri gembira.Seorang yg stress sukar untuk mendapat cahaya mata.So sentiasa berfikiran positive,yakin Allah Ada bersama Kita,yakin orang yang Kita sayang sentiasa bersama Kita.Allah Tak Akan uji Kita jika Kita Tak mampu hadapi ujian ini.Ujian ini hanya pada orang terpilih seperti and.Cepat Dan lambat anda dapat Zuriat tanamkan Satu doa yakin Allah pasti AKan beri jus suatu Hari nanti.Jangan mudah mengalah,mudah putus asa,sentiasa berusaha,berdoa iktiar Juga Jangan putus.Iktiar Cara rawatan Islam Dan Cara rawatan hospital pastikan seiring.Kedua rawatan pasti Kan dapatkan rawatan..

Antara Saya suruh Pesakit Saya amalkan Bila datang untuk iktiar Zuriat Antaranya #KelapaBakar .Sebelum ini sy Ada share tentang kelapa bakar Dengan Serai,lada hitam Dan garam

Cara begini ramai Pesakit Saya izin Allah berjaya atasi masalah sukar hamil,masalah haid Tak teratur,cyst Dan sebagainya...
Blh ikut Cara di bawah pesakit yg mengalami #masalahHaid Tidak Teratur,#MasalahCyst,dan masalah #sukar hamil..

Bahan2 nya:
1)1 Biji Kelapa
2)5biji lada Hitam biji
3)garam Halus
4)Serai 3@2batang

Image may contain: food

Cara nya..
Ambil sebiji kelapa Muda,Buka kelapa itu di atasnya,ambil 5biji Lada hitam,di tumbuk Lada hitam itu Sehingga hancur.Setelah hancur masukkan ke dalam kelapa itu..Selepas itu ambil serai 3batang,di ketuk sedikit serai tu kemudian masuk kan dalam kelapa itu.Kemudian ambil secubit Garam halus masukkan. Sedikit dalam kelapa tersebut.Selepas itu bakar kelapa itu kira2 dalam 10-12minit.Selesai bakar
Baca :
Al Fatihah3x
Bismillah 5 3x
Al ikhlas 3x
Dan selawat 3x..
Selesai baca minum air tersebut..
InshaaAllah izin Allah sekiranya haid lambat keluar akan keluar ,jika tak teratur kembali seperti normal,jika ada cyst akan kembali mengecil..
Sekiranya banyak sedawa,nak muntah,perut rasa panas pijau, nasihat sy dapatkan Rawatan Islam berhampiran ya.
Semua atas izin Allah,Buat dgn yakin pada Allah..

Sebaiknya minum sebelum period buat seminggu Satu Kali..Buat selepas period seminggu 1x sehingga lah next period bulan depan.Bila dah period stop Jangan buat lagi.cuba buat dalam 1bulan tu dulu ya.Lepas period bersih dalam subur di galakkan Kerap bersama Ketika itu..
Ini sebagai iktiar yg mengizinkan semua dari Allah..Bagi #NonMuslim pun boleh amalkan juga ya

Manakala Cara ke 2 baik di amalkan Suami isteri.
Amalkan sebelum anda suami Isteri hendak Bersama Suami Perbanyakkan Zikir #YaMutakabbir
Sebanyak 70x@Lebih lagi bagus.
Manakala Isteri Perbanyakkan Zikir #YaMatiin sebanyak 70x juga jika lebih lagi bagus..Selepas zikir mohon doa pada Allah agar di Permudahkan Apa yg di hajati..
Sebaiknya juga baca jadikan amalan zikir selepas Solat..

Manakala Cara ke 3
Sebelum tidur ambil Segelas Air suam letakkan secubit Garam halus ke dalam air tersebut..
Baca Surah Al Fatihah 7x
Al ikhlas 7x Dan Sambung doa ini..

Image may contain: text

#DoaNabiZakaria
"Rabbi la Tadzarni Fardaw Wa anta Khairul waritsin"

"Ya Tuhanku,Janganlah Engkau Biar Aku Hidup Seorang Diri(Tanpa keturunan) Dan Engkaulah Ahli Waris yg terbaik"
(Qs .Al-Anbiya (21):89)

Amalkan minum air suam itu suami Isteri buat sebelum tidur Dan selepas tidur. InshaaAllah jika izin Allah sekiranya lambat dapat Zuriat Allah akan permudahkan ..Semua atas izin Allah..Kita iktiar Yg memberi semua dari Allah..
Apa yang Saya kongsikan di atas salah Satu Cara #Iktiar Pesakit Saya yang datang iktiar hamil berjaya hamil.Semuanya atas #IzinAllah jua...
Moga perkongsian kecil Ku ini berguna pada yang memerlukan InshaaAllah Aamiin

Selasa, 4 Disember 2018

JANGKA MASA URUTAN


TIPS AMBIL HATI MENTUA

1. ANGGUK-ANGGUK

Walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak setuju, angguk-angguk sahajalah. Biarkan mereka selesa dengan pilihan mereka sendiri. Lebih baik mengiyakan sahaja apa sahaja tindakan yang mereka buat.
Walaupun kadang-kadang panas juga hati dengan tindakan mereka, bersabar sahajalah. Itu lebih baik.

2. JANGAN MASUK CAMPUR

Jangan masuk campur urusan meraka, melainkan ia bertentangan dengan Islam.
Senyum sentiasa dan ramah santun bila berbicara. Jangan pula pilih kasih untuk berbaik-baik.

3. JANGAN SAMPAI SUAMI REPORT BALIK PADA MAK DIA

Kadang-kadang apa yang terzahir dari mulut isteri adalah dalam keadaan tanpa sedar. Suami yang mendengar, cuma angguk-angguk sahaja. Entah faham entah tidak.
Sebab itu suami kadang-kadang, berasakan maklumbalas dari isteri tentang keluarganya itu tidak ada apa-apa. Tetapi bila sampai ke telinga mentua dan ipar, boleh jadi perang besar!

4. JANGAN BERKIRA DENGAN DUIT DAN TENAGA

Pertama sekali, janganlah terlalu kedekut. Belanjalah sedikit barang-barang keperluan untuk keluarga mentua.
Yang kedua ini bukannya berkira tentang duit, tetapi berkira tentang buat kerja rumah. Elakkan kerja kita diambil alih org lain seperti pakaian kita suami dan anak-anak.Cuci pinggan mangkuk sendiri dan jangan sesekali biarkan di sinki.

5. TUNJUK RAJIN MASAK

Tunjuklah rajin memasak di dapur. Sedap tak sedap, itu belakang kira. Asalkan rajin membantu ipar dan mertua.
Dalam mental si ibu mentua, kalau si isteri tak pandai masak, dia mula risaukan anak dia. Siapa yang akan bagi makan?

6. BANYAKKAN BERBUAL

Perbanyakkan bualan mesra yg boleh menarik minat mertua dan ipar duai. Kalau mereka suka tengok drama di TV, layankan sahaja.
Walaupun tidak sama level, ketepikan dahulu. Janji berkomunikasi.

7. JANGAN TUNJUK MALAS

Jangan menonton televisyen apabila mentua atau ipar duai sibuk mengemas rumah.Tak rugi membantu mereka mengemas bersama!

8. BERIKAN HADIAH

Sebab itu, kita selalu nampak orang-orang dulu akan bungkus bawa buah-buahan bila berkunjung ke rumah tetamu. Sama juga adabnya bila menantu melawat mertua.
Jangan lupa belikan mereka ole-ole. Mahal atau murah itu belakang kira. Buah tangan atau hadiah itu adalah tanda ingatan. Bila kita tidak beri apa-apa, maknanya macam kita tidak ingat dia. Scary bukan?
Dan lagi, jika berkunjung ke tempat pelancongan, jangan lupa souvenir. Jangan sampai lupa kerana ia boleh mendatangkan kecil hati.

9. HORMATI PRIVASI

Jangan ambil apa-apa barang di dalam rumah mentua tanpa minta izin terlebih dahulu. Juga jangan suka-suka masuk bilik orang lain tanpa kebenaran.
Jangan juga alihkan perabot atau susun atur dalam rumah mengikut citarasa kita.

10. JANGAN AMBIL KESEMPATAN

Untunglah kalau dikurniakan mertua yang baik. Namun, jangan cuba-cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan mertua dan ipar duai. Sekali buat hal, mereka tidak akan percaya sampai bila-bila.

11. CUBA BERGAUL DENGAN IPAR-DUAI

Jangan asyik dengan mak mentua sahaja. Kena berbaik-baik dengan ipar yang lain. Ini penting supaya tidak berlaku cemburu dalam keluarga, lebih-lebih lagi antara ipar-duai perempuan.

12. JANGAN BERKEPIT DENGAN SUAMI

Masa mula-mula kahwin, bolehlah tunjuk manja semasa tengok TV beramai-ramai di ruang tamu. Bukan apa, takut ipar-duai yang lain meluat melihat kemesraan begitu.

13. BIARKAN IBU ‘CONQUER‘ ANAK

Sekali-sekala, biarlah ibu dia ‘conquer‘ anak. Takkan asyik isteri sahaja nak ‘conquer‘. Contohnya, kalau mak mertua nak sendukkan nasi untuk anak lelakinya itu, biarkan. Kita boleh uruskan diri kita sendiri.

14. TAK PAYAH TUNJUK MANJA

Tak perlu aksi gedik dan tunjuk manja bila duduk dengan suami. Jangan pula nak tunjuk aksi urut-urut sambil geletek, atau sandar kepala pada bahu suami semasa menonton TV. Lebih-lebih lagi kalau tunjuk aksi ini depan ipar-duai. Gerenti ipar meluat! Mak mertua juga boleh datang sifat cemburu!
Buat biasa-biasa sudah.

15. OFFER MAK MENTUA DUDUK DEPAN

Dahulukan mak mertua dalam apa jua keadaan. Biarkan kita yang kedua. Contohnya, kalau nak kereta dengan suami, offer mak mertua duduk depan. Biarkan mak mertua ada masa sembang dengan anak dia. Kita duduk belakang dengan anak-anak pun tak mengapa.

16. OFFER MAK MENTUA DENGAN URUTAN

Rugila sekiranya anda tak pandai mengurut.  Mengurut cuma perlu ada ilmu urutan + tenaga je. Tarikh hati mentua adalah senjata utama buat mentua anda betul-betul sayangkan anda. Anda akan menjadi orang pertama yang akan dicari bila mentua anda dah suka urutan anda. Maklumlah... mentuakan ramai kawan-kawan.. itulah zero kos marketing! huhu

17. BUAT-BUAT TANYA MAKANAN KEGEMARAN SUAMI

Sesekali jadi kepoh apa salahnya. Buat-buat tanya dan salin resepi. Sudah tentu ibu mertua rasa dihargai, kerana dialah yang menyediakan dan menyuap makanan favouritesuami dari kecil.

18. JANGAN MARAH SUAMI DEPAN MAK MENTUA

Bukan sahaja marah. Adik beradik marah ialah kutuk atau kecilkan suami depan mak mertua. Kenapa?
Anak jantan itulah yang dia bela dari kecil. Kalau dia layan elok-elok, dia expect menantu akan layan anak dia elok-elok juga. Bukan buruk-burukan suami

19. UCAPKAN “SYUKUR DAPAT SUAMI MACAM NI” PADA MAK MENTUA

Banyakkan puji suami depan mak mertua. Antaranya, “Terima kasih mak sebab besarkan abang dengan baik sekali. Saya bersyukur sangat-sangat dapat suami macam ni. Ini semua kerana didikan mak”.
Namun cakap biar dalam nada ikhlas, jangan buat-buat nak memuji. Confirm, mak mertua akan kembang.

20. JANGAN BEREBUT SUAMI DENGAN MAK DIA

Kalau mak dia panggil, dahulukan yang itu. Walaupun kita ada perkara lain yang memerlukan suami, biarkan suami attend mak dia dulu. Didik hati supaya redha, bahawa syurga suami itu di bawah tapak kaki ibu.

21. INGAT BAHAWA ALLAH MAHA ADIL

Jangan sesekali layan mak mentua macam sampah. Apa salahnya layan mak mertua macam mak kita sendiri?
Layan mak mentua baik-baik sebagaimana kita nak menantu kita suatu hari nanti layan anak lelaki kita dengan baik.

Nak germbirakan hati mentua? Meh klik link ni ye ➳ kutw4u.com/kursus

Isnin, 12 Mac 2018

Urut lancarkan aliran darah

Urut lancarkan aliran darah






HASLINDAH (kanan) membuat demonstrasi urutan. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
TEKNIK urutan adalah kaedah alternatif untuk melancarkan aliran darah di dalam salur darah bagi melegakan kesakitan.
Urutan ini adalah suatu seni yang digunakan sejak dahulu lagi oleh pelbagai bangsa terutama masyarakat Melayu dalam rawatan tradisional.
Mereka yang pakar dengan urutan lazimnya akan tahu bahagian yang mana wajar diurut dan urat yang berkaitan kawasan yang sakit.
Tukang urut tradisional, Haslindah Ismail, 41, berkata terdapat penyakit yang boleh diatasi dengan kaedah urut mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah.
Sebenarnya, beliau berkata, teknik urutan yang boleh dilakukan sendiri apabila terasa sakit seperti sakit kepala dan lenguh badan.
"Jangan terlalu bergantung dengan ubat tahan sakit yang sebenarnya hanya bersifat sementara dan lebih membimbangkan boleh memberikan kesan sampingan dalam jangka masa panjang," katanya.
Cari urat yang betul
Haslindah ditemui bersama-sama pelajar pada Kursus Teknik Urutan Tradisional anjuran Kolej Komuniti Selayang.
Beliau berkata, apa yang penting sebelum mengurut, perlu mencari urat yang betul kerana tidak semestinya urutan dilakukan di bahagian yang sakit.
Sekiranya tersalah urat, urutan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami demam, lebam atau bengkak pada bahagian terbabit.
Sekiranya seseorang mengalami sakit kepala atau perut, tidak semestinya bahagian berkenaan perlu diurut.
Ini kerana sakit berkenaan mungkin berpunca di bahagian lain seperti sakit perut berpunca di bahagian belakang badan.
Justeru, bahagian belakang perlu diurut bagi mengatasi masalah sakit di bahagian perut atau sakit di sebelah kanan tangan, tetapi yang perlu diurut adalah di bahagian tangan kiri.
Urut ibu jari legakan migrain
"Sekiranya sakit pada bahagian kepala atau migrain, cubalah urut di bahagian ibu jari menggunakan jari atau alat tumpul seperti dahan pokok ciku yang sering digunakan orang tua dahulu.
"Urat di bahagian ibu jari kaki berhubung dengan urat di sekitar bahagian kepala yang mana urutan pada urat berkenaan dapat melegakan kesakitan apabila aliran darah menjadi lebih lancar," katanya.
Sakit kepala juga boleh dilegakan dengan mengurut atau memicit bahagian bawah ibu jari tangan selama beberapa minit.
Mereka yang sering mengalami serangan asma atau lelah pula boleh mencuba mengurut urat yang terletak pada bahagian kaki iaitu di tengah antara jari telunjuk dan ibu jari kaki.
Urat berkenaan berkaitan dengan salur pernafasan yang apabila ditekan memberikan kesan melegakan pernafasan.

URUTAN dan teknik memicit melegakan sakit.
Elak kulit melecet
Urut perlahan-lahan di kawasan berkenaan menggunakan jari dan minyak urutan bagi mengelakkan kulit melecet.
Selain kepala, urat berkaitan belakang bahagian badan dan punggung banyak di bahagian telapak kaki.
Sekiranya sakit atau lenguh badan, kita memang sukar mengurut sendiri bahagian belakang atau punggung.
"Caranya adalah dengan mengurut bawah telapak kaki di bahagian melengkung yang dapat melegakan sakit pinggang.
"Urut dengan cara menekan dan tarik ke atas pada bahagian berkenaan atau di bahagian luar telapak kaki," katanya.

URUT bawah telapak kaki bawah telapak kaki di bahagian melengkung yang dapat melegakan sakit pinggang.
Tekan bahagian tumit
Katanya mengurut atau menekan bahagian tumit juga boleh membantu melegakan sakit kembung perut dalam kalangan bayi atau kanak-kanak.
Selain itu, urutan pada tumit juga boleh menghilangkan lenguh pada punggung akibat duduk terlalu lama atau duduk di atas permukaan keras.
Urutan pada bahagian telapak kaki (bahagian yang melengkung) juga dikatakan baik untuk mereka yang mengalami penyakit kencing manis.
Haslindah berkata, badan lenguh dan sakit turut berpunca daripada angin yang terdapat di dalam badan.
"Amalan makan benda sejuk dan masam boleh menyebabkan tubuh mengeluarkan angin yang berlebihan.
"Oleh itu, jaga cara pemakanan dengan mengurangkan makanan terutama yang berasid untuk kekal sihat," katanya.
Salah urut boleh demam
Katanya walaupun kaedah urutan ini banyak memberikan manfaat untuk mengembalikan kesegaran tubuh, pesakit perlu mendapatkan mereka yang pakar mengurut.
Urutan yang tidak betul boleh mengakibatkan pesakit demam atau mengalami lebam dan bengkak pada tubuh.
Waktu urutan terbaik adalah pada sebelah pagi dan sekurang-kurangnya sejam selepas sarapan atau petang sebelum matahari terbenam.
Ini kerana urat masih lembut di sebelah pagi dan petang kerana berada pada kedudukan `rehat' berbanding di sebelah tengah hari di mana urat sedang tegang.
Bahan pelincir atau pelembap kulit diperlukan untuk mengurut tetapi yang terbaik adalah dengan menggunakan minyak kelapa bagi memastikan urutan lancar.

HASLINDAH bersama-sama pelajar pada Kursus Teknik Urutan Tradisional anjuran Kolej Komuniti Selayang. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
Minyak kelapa penawar luka
Minyak kelapa berkhasiat menyembuhkan luka yang terdapat pada kulit yang berupaya menutup luka daripada kotoran yang boleh memburukkan jangkitan.
"Sebelum mengurut sama ada diri sendiri atau orang lain, bacalah ayat suci iaitu Bismilah diikuti dengan selawat dan berdoa supaya penyakit yang dihadapi sembuh.
"Langkah itu juga dikatakan sebagai pendinding kepada diri supaya angin yang terdapat pada pesakit tidak `hinggap' kepada si tukang urut," katanya.
INFO
Campuran minyak digunakan untuk urutan
  • Minyak kelapa
  • Bawang putih ditumbuk
  • Lada hitam ditumbuk
Pendinding diri sebelum melakukan urutan
  • Bismillah (tiga kali)Selawat nabi (tiga kali)
  • Surah Yaasin (ayat 82)
  • Buat huruf Alif Lam pada tapak tangan kanan menggunakan jari kelingking
Waktu terbaik untuk urutan
  • Pagi
  • Petang
Waktu larangan mengurut
  • Tengah hari (12 hingga 1 petang)
Sumber: https://www.bharian.com.my/node/112431

Jumaat, 9 Mac 2018

Kursus Asas Mengurut Shah Alam - 17/18/24/25 Mac 2018

JANA PENDAPATAN DENGAN MENGURUT
Tahukah anda? Bisnes MENGURUT WANITA boleh menjana PENDAPATAN sehingga RM 500 seminggu secara PART-TIME!
.
Tak percaya? Cuba la.. Itu kerja Sabtu dan Ahad je tau. Kalo setiap hari? Mungkin RM 500 - RM 2000 seminggu! Memang lumayan!!
.
Kenapa anda perlu tahu mengurut? Mungkin beberapa faedah saya boleh kongsikan untuk anda.
1. Boleh rawat untuk diri sendiri
2. Bantu keluarga sekiranya perlukan khidmat urutan contohnya anak terseliuh, mak sakit lutut, dan sebagainya.
3. Buat DUIT la..kan? Untung? Anda kira sendiri. Tak tahu PM la saya.
4. Bisness boleh katakan ZERO modal!!...
5. Di mana sahaja anda berada. Di KAMPUNG pun ada orang nak mengurut...di BANDAR pun ada orang nak mengurut...Malah di LUAR NEGARA pun ada orang nak mengurut. Kut-kutla rezeki keluarga kita kat luar negara sana...kan?


Apa yang akan anda pelajari:- Modul 1:- *Urut tradisional satu badan Modul 2:- *Urut wanita hamil *Urut selepas bersalin normal *Urut selepas ceaser *Rawatan selepas bersalin *Rawatan bentan Modul 3:- *Rawatan mati putik *Rawatan rahim kembang *Rawatan rahim jatuh *Rawatan sengkak rahim *Rawatan urut batin wanita dan lelaki Modul 4:- Teori bertangas dan mandi herba penyediaan *Bahan tangas *bahan mandi herba secara tradisional dan alami ** deposit RM 200 (no refund) **3 Sijil


***************************************************************************************

APA TUNGGU LAGI? DAH RAMAI YANG BERJAYA DALAM INDUSTRI MENGURUT! **** PILIH SALAH SATU TARIKH UNTUK KELAS ANDA SEKARANG!

**********************************************************************************

TARIKH 17 MAC 2018 (SABTU) TARIKH 18 MAC 2018 (AHAD) TARIKH 24 MAC 2018 (SABTU) TARIKH 25 MAC 2018 (AHAD) WAKTU 9PG - 1PTG (Anggaran sahaja - bergantung kepada jumlah pelajar)


Lokasi: Seksyen 36, Shah Alam



Selasa, 27 Februari 2018

Kursus Asas Mengurut 24 March 2018 - Kemaman

Assalamualaikum.. orang Kemaman, Terengganu, Malaysia​.

Pada ~24 March 2018~ ni kami akan buat Kursus Asas Mengurut di sana... ade yang berminat?

Harga RM 400.

** Terhad kepada 20 orang sahaja.

Kami akan tutup pendaftaran sebaik sahaja sudah mencukupi 20 orang.

***

Apa yang akan anda pelajari:

Modul 1:-
*Urutan seluruh badan
*Urutan selepas bersalin normal/ceaser
*Urutan haid tak lancar
*Urutan sengkak rahim
*Urutan urat susu
*Urutan urat batin wanita dan lelaki

Modul 2:-
Teori Penyediaan Bahan Herba
*tangas basah/kering
*mandi herba
*bercebok

**deposit RM 200 (no refund)
**2sijil

**

wasap.my/60143635185/Kursus24March+Kemaman
wasap.my/60143635185/Kursus24March+Kemaman
wasap.my/60143635185/Kursus24March+Kemaman
013 793 8228