90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin kerana toksin yang berada didalam saluran darah akan dibawa keseluruh bahagian organ-organ lalu merosakkannya...
SEBENARNYA APE ITU TOKSIN?
Toksin terdapat hampir di dalam semua organ manusia. Di mana bahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras, pemakanan yang tak seimbang serta dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Maka, sisa-sisa ini akan terkumpul dimana-mana bahagian dalam organ tubuh kita terutamanya usus.
KESAN TOKSIN
Tubuh badan yang terlalu berasid akan meningkatkan kandungan toksin. Maka, akan terjadinya masalah kesihatan atau penyakit yang diakibatkan oleh tindak balas toksin dalam darah.
Jika seseorang tak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar najis yang berada didalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus. Seterusnya menjadi toksin dalam tubuh. Sekiranya tidak dikeluarkan, tubuh akan memberi amaran @ kesan-kesan tertentu.
TANDA-TANDA BANYAK TOKSIN
1) Cepat letih / lesu
2) Susah bangun tidur
3) Bahagian keliling mata gelap
4) Banyaknya angin
5) Alahan
6) Berat badan naik
KULIT
Terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin didalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel & lain-lain
TUMOR
Berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dilapisan tisu badan.
DEMAM
Merupakan proses semula jadi badan untuk membersihkan diri. Apabila sel darah putih menentang toksin didalam darah, kadar metabolisme semakin cepat & mengakibatkan tubuh akan mengalami demam.
PENYAKIT JANTUNG & TEKANAN DARAH TINGGI
Toksin yang melekat didalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah sementara tekanan keatas saluran yang tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Disamping itu, buah pinggang & sistem endokrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi.
LAIN-LAIN
Berlaku masalah kesihatan seperti alergi, asma, pundi hempedu & karang, sakit sendi & sengal-sengal tulang, sembelit, perut kembung, barah payu dara & kemerosotan daya seksual
***
CARA MENGATASI
Salah satunya adalah dengan Urutan Tradisional.. Kenapa urutan tradisional? Dalam masyarakat melayu..orang selalu menyebut.. urut untuk buang angin. Angin itulah TOKSIN .. bahasa lainnya adalah Urutan Tradisional adalah untuk buang toksin...
Antara kelebihan-kelebihan urutan yang lain adalah:
- melancarkan darah
- bantu gas oksigen disalurkan kepada tubuh
- membaiki pernafasan
- mengurangkan kesakitan badan
- meredakan tekanan / lesu - badan jadi lebih segar in sha Allah
Bagi wanita antara manfaat urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dan melancarkan perjalanan darah, menghilangkan rasa kebas dan lesu serta membantu wanita untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing.
Wanita yang melahirkan anak secara normal boleh mula mengurut selepas dua minggu bersalin, manakala yang menjalani pembedahan dinasihatkan berurut sebulan selepas bersalin.
Urut dikatakan membantu melambatkan menopaus jika wanita itu mengamalkan urutan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua atau tiga bulan.
Mengurut juga dikatakan, baik untuk wanita yang mengalami rasa sakit senggugut disebabkan perjalanan darah haid tidak teratur atau datang bulan sekali dalam tempoh tiga atau empat bulan